Friday, August 13, 2010

Tips Mengembalikan 'Seseorang' Yang Hilang ~ Bhg 3

Mahu tak anda saya bagi ubat untuk mengubati musibah???? Cuba ubat ini:

Cara makan.....'makan' setiap kali anda rasa " kesedihan dan keresahan dengan dugaan hidup" Dengan makan ubat ini anda bukan sahaja sihat jasmani tetapi sihat jiwa....tetapi AWAS ubat ini hendaklah dilakukan dengan istiqamah.....

Ubatnya ialah: ucapkanlah istirja' Innalillahi wa inna ilai hirajiuuun'

Seorang ibu Puan Noraini Daud, seorang pustakawan UPM daripada Kajang, ini boleh dijadikan amalan anda bagi yang "kehilangan seseorang".

Puan Noraini telah mengamalkan doa, zikir dan solat hajat supaya Allah mengembalikan anaknya yang hilang ke Australia. Anaknya hilang sejak April dan kembali kepangkauan beliau pada bulan disember 2008. Amalan ini juga telah mengembalikan Safiah Yusuf, 25 tahun, pelajar genius kepangkal jalan.Puan Noraini mempelajari amalan ini daripada Hanafi Abdul Malek, seorang pengarah Perancang dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), di Bangi.

Berikut adalah amalannya ketika beliau kehilangan anak.dan jika anda yang "kehilangan seseorang" mungkin juga boleh mengamalkannya:


1. Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas sahaja. Pada ayat keempat yang bermaksud:Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar tuhan pulangkan anak.(pulangkan.....apa yang kita hilang....kalau hilang anak, pulangkan anak, kalau suami hilang.... pulangkan suami....kalau barang hilang...pulangkan barang.... dsb)

2. Membaca surah al-ikhlas sebanyak 40 kali sehari, dalam setiap satu ayat satu nafas. Pada ayat kedua: hanya pada Allah tempat meminta" terus lintaskan dalam hati nama anak(....nama 'seseorang' tersebut...... atau barang yang hilang)

3. Bersolat hajat

4. Baca surah Toha dari ayat 1 hingga 6


Cubalah amalkannya dan bersabarlah, jika Puan Noraini berhasil melakukannya kenapa kita tidak????


Teringat cerita arwah Nenek tercinta...Zainab binti Sulaiman...al-fatihah untuk beliau........(juga entry dari Karya Anakku.com)


Diceritakan kepada ku ketika aku muda remaja.....seorang kawannya pembantu rumah disebuah rumah orang kaya, telah berkahwin dengan anak orang kaya tersebut. suaminya seorang yang kacak, kaki perempuan......dia seorang yang penyabar.....dengan kesabarannya dan amalannya... suaminya kembali kepangkuannya.

Berikut amalan yang dilakukan oleh kawan arwah nenek:

1. Sentiasa bangun solat tahajud di tengah malam secara istiqamah.....dan berdoa supaya suami insaf.....

2. Amalkan zikir ya latif (7X) setelah habis dibacakan, niat dalam hati semoga Allah melembutkan hati suami untuk menjadi manusia yang baik.

3. Amalan ini dilakunya dengan istiqamah dengan syarat dalam masa melaksanakan amalan tersebut perlulah banyak bersabar. Jangan marah-marah dengan suami kalau tak pulang.Sentiasa berlaku baik untuknya.


Beliau melaksanakan amalan tersebut hingga hari yang ke 40 hari beliau mendapat manafaatnya, dimana suami memohon maaf ketika beliau ditikar sejadah dan bertaubat sehingga lah beliau akhirnya hidup berrumahtangga hingga keakhir hayat.


Lihatlah kawan-kawan....bagaimana janji Allah kepada mereka yang sabar dan kembali mengharapkan pertolonganNYa. Benarkan janji-janji Allah.


Maha Kaya Allah Subhanahu Wa Taala....semoga Allah bersama-sama dengan orang yang inginkan kebaikkan untuk dirinya dan orang lain.

Wa Allahhu a'lam


2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi mgambil bhn drpd blog sy untk dkongsi oleh smua org lain.. Alhamdulillah..Moga niat yag baik diberkati oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan atas keizinan Puan yang diberikan...... ilmu & perkongsian yang sangat berharga buat saya..Dalam pencarian saya, saya seolah tersentak bila terjumpa ilmu yang Puan kongsikan... Syukur pada ALLAH
    Moga ALLAH permudahkan usaha & ikhtiar dengan RahmatNYA...
    Moga kehidupan Puan sekeluarga sentiasa dalam RahmatNya....

    ReplyDelete