Thursday, September 30, 2010

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK......


ketentuan ALLAH.......

betapa seronoknya hati bila tak disangka2 menerima tawaran haji terpilih Musim Haji 1431H. Allah saja yang tau betapalah berbunga hati...

Eh! my hubby tak dapat tawaran! takper, InsyaALLAH rayuan mahram adalah rayuan yang akan mendapat keutamaan.. ok, hantar surat rayuan. Rayuan pertama hantar bulan Mac dan rayuan susulan pada Ogos.......

Hanni & Aliah belum sekolah, Insya Allah lebih mudah meninggalkan mereka bersama ayah dan mak sdara dan sepupu2nya..

Akhirnya penantian membawa berita gembira, rayuan bagi hubby dah lulus! waa.... terbayang menunaikan fardhu haji bersama hubby di tanah suci. Tak sabar !!!! Hanya ALLAH yang tau apa rasa di hati menantikan pemergian ke Tanah Suci, lebih-lebih lagi bersama yang tersayang!

pasti ada hikmah tertentu yang ALLAH s.w.t. saja yang mengetahui, hubby menolak tawaran.. hah??? hampa, sedih but alhamdulillah cepat-cepat kembalikan hati kepada Allah... "bukan rezeki lagi kali ni"... membuat hati lebih redha kepada keputusan hubby.

petang semalam pergi Thaji cawangan PKNS menyerahkan surat permohonan penangguhan. Kena penalti!!! tak apalah, ini semua ketentuanNYA..... dalam sistem shown.. tarikh penerbangan 18 Oktober, 2010 terus ke Madinah...huhuuuu.

terdengar-dengar bertalbiah beramai-ramai semasa umrah ziarah sebelum ini...
"Labbaik Allahumma Labbaik....."
"Ya ALLAH ampunkan diriku kerana terpaksa menolak jemputanMu kali ini.....Hanya kau yang lebih mengetahui Ya ALLAH"

Semoga semua jemaah yang bakal berangkat menunaikan Fardhu Haji akan dipermudah segala urusan mereka oleh Allah s.w.t. InsyaALLAH saya dan suami akan menyusul......