Showing posts with label Surah Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Surah Pilihan. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Doa Nabi Yunus

Tidak Ada Tuhan Yang Berhak Disembah Selain Engkau. Maha Suci Engkau, Sesungguhnya Aku Adalah Termasuk Golongan Orang-Orang Yang Zalim.
surah Al-Anbiya' 21:87

jika tetiba terlupa atau kehilangan, cubalah zikir ayat di atas. mudah-mudahan ALLAH bantu kita mengingati dan ketemukan apa yang dicari.........

banyak lagi khasiat ayat ini, masa Mimie nak bersalin aritu pun bah & kakak2 dok remind suruh zikir ngan ayat ni. but Mimie nak share setakat ini dulu. beberapa hari lepas, Mimie tersalah letak duit. totally tak boleh ingat kat mana letak. cant recall any clue.....wahhh, berpeluh sampai menitik atas meja, panik! alhamdulillah dengan izin ALLAH after few minutes...... Mimie teringat dimana Mimie selitkan duit tu. syukur alhamdulillah....

kalau tetap tak ingat & jumpa yang dicari, insyaALLAH tetap ada ganjaran pahala berzikir dengan ayat ALLAH kan! dari merungut ntah apa-apa...... hihihihi

Thursday, October 28, 2010

Surah Al-Kausar


Surah Al-Kausar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah.

Bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

walau apa pun yang pasti InsyaALLAH bila kita membaca ayat di atas akan mendapat ganjaran pahala membaca Al-Quran !!


Wallahualam....


Friday, July 23, 2010

Khasiat dari Surah Yasin

KEBERKATAN YASIN
(dikongsi oleh DR FATMA ELZAHRAA)




Al-Quran yang agung mengandungi ubat segala penyakit, ubat bagi mententeramkan jiwa, ubat penyakit hati dan juga merupakan cahaya bagi mereka yang berada dalam 'kegelapan'.....

Antara beberapa ayat terpilih dari surah Yasin yang mempunyai keberkatan tersendiri telah dikongsikan oleh Dr Fatma bersama kita semua adalah seperti berikut :-


Ayat 9 ; Untuk keselamatan diri.

Ayat 12 ; Jantung Yasin. Rasulallah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap muslim.

Ayat 22 - 23 ; Menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak-anak.

Ayat 29 ; Amalan untuk mengelakkan diri dari fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 30 ; Keinsafan. Moga dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa di hati dan beramal dengannya).

Ayat 32 ; Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang kita Islam dan datang dari Allah s.w.t. dan umat Muhammad.

Ayat 33 - 35 ; Elok dijadikan amalan kepada mereka yang suka bercucuk tanam. Insya-Allah tanaman akan subur.

Ayat 36 ; Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya:Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 ; Untuk menetapkan hati dan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 41 ; Elok dibaca semasa menaiki kenderaan.

Ayat 44 ; Dibaca untuk jauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 76 ; Bacaan untuk tenteramkan diri dari fitnah orang. Amalkan.

Ayat 78 - 79 ; Khas sakit urat, tulang dan badan.

Ayat 82 ; Hajat. Caranya: Solat tahajjud 3x berturut-turut, baca ayat 100x pada air dan berdoalah permohonan kepada Allah s.w.t.


.. sesungguhnya, hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.....

Wednesday, July 14, 2010

Surah Al-Mulk

Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

"Ya Allah, sesungguh-nya aku memohon perlindungan dariMu dari fitnah neraka dan azab neraka, dan dari fitnah kubur dan azab kubur, dan dari kejahatan fitnah kekayaan, dan dari kejahatan fitnah kefakiran ...."