Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Tips Mengembalikan 'Seseorang' Yang Hilang ~ Bhg 3

Mahu tak anda saya bagi ubat untuk mengubati musibah???? Cuba ubat ini:

Cara makan.....'makan' setiap kali anda rasa " kesedihan dan keresahan dengan dugaan hidup" Dengan makan ubat ini anda bukan sahaja sihat jasmani tetapi sihat jiwa....tetapi AWAS ubat ini hendaklah dilakukan dengan istiqamah.....

Ubatnya ialah: ucapkanlah istirja' Innalillahi wa inna ilai hirajiuuun'

Seorang ibu Puan Noraini Daud, seorang pustakawan UPM daripada Kajang, ini boleh dijadikan amalan anda bagi yang "kehilangan seseorang".

Puan Noraini telah mengamalkan doa, zikir dan solat hajat supaya Allah mengembalikan anaknya yang hilang ke Australia. Anaknya hilang sejak April dan kembali kepangkauan beliau pada bulan disember 2008. Amalan ini juga telah mengembalikan Safiah Yusuf, 25 tahun, pelajar genius kepangkal jalan.Puan Noraini mempelajari amalan ini daripada Hanafi Abdul Malek, seorang pengarah Perancang dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), di Bangi.

Berikut adalah amalannya ketika beliau kehilangan anak.dan jika anda yang "kehilangan seseorang" mungkin juga boleh mengamalkannya:


1. Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas sahaja. Pada ayat keempat yang bermaksud:Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar tuhan pulangkan anak.(pulangkan.....apa yang kita hilang....kalau hilang anak, pulangkan anak, kalau suami hilang.... pulangkan suami....kalau barang hilang...pulangkan barang.... dsb)

2. Membaca surah al-ikhlas sebanyak 40 kali sehari, dalam setiap satu ayat satu nafas. Pada ayat kedua: hanya pada Allah tempat meminta" terus lintaskan dalam hati nama anak(....nama 'seseorang' tersebut...... atau barang yang hilang)

3. Bersolat hajat

4. Baca surah Toha dari ayat 1 hingga 6


Cubalah amalkannya dan bersabarlah, jika Puan Noraini berhasil melakukannya kenapa kita tidak????


Teringat cerita arwah Nenek tercinta...Zainab binti Sulaiman...al-fatihah untuk beliau........(juga entry dari Karya Anakku.com)


Diceritakan kepada ku ketika aku muda remaja.....seorang kawannya pembantu rumah disebuah rumah orang kaya, telah berkahwin dengan anak orang kaya tersebut. suaminya seorang yang kacak, kaki perempuan......dia seorang yang penyabar.....dengan kesabarannya dan amalannya... suaminya kembali kepangkuannya.

Berikut amalan yang dilakukan oleh kawan arwah nenek:

1. Sentiasa bangun solat tahajud di tengah malam secara istiqamah.....dan berdoa supaya suami insaf.....

2. Amalkan zikir ya latif (7X) setelah habis dibacakan, niat dalam hati semoga Allah melembutkan hati suami untuk menjadi manusia yang baik.

3. Amalan ini dilakunya dengan istiqamah dengan syarat dalam masa melaksanakan amalan tersebut perlulah banyak bersabar. Jangan marah-marah dengan suami kalau tak pulang.Sentiasa berlaku baik untuknya.


Beliau melaksanakan amalan tersebut hingga hari yang ke 40 hari beliau mendapat manafaatnya, dimana suami memohon maaf ketika beliau ditikar sejadah dan bertaubat sehingga lah beliau akhirnya hidup berrumahtangga hingga keakhir hayat.


Lihatlah kawan-kawan....bagaimana janji Allah kepada mereka yang sabar dan kembali mengharapkan pertolonganNYa. Benarkan janji-janji Allah.


Maha Kaya Allah Subhanahu Wa Taala....semoga Allah bersama-sama dengan orang yang inginkan kebaikkan untuk dirinya dan orang lain.

Wa Allahhu a'lam


Tips Mengembalikan 'Seseorang' Yang Hilang ~ Bhg 2

KEEMPAT: Penulis Karya anakku.com BERDOA MEMOHON kepada Allah melalui solat 5 waktu dan solat hajat. Di dalam solat wajib dan solat hajat saya tidak putus-putus berdoa...

"Ya Allah...Aku diuji olehMU......jika Engkau berhendakkan anak-anakku itu menjadi hak kami....milik kami, maka kembalikan kepadaku dan suamiku dalam keadaan baik....namun Ya Allah...jika tiada rezeki untuk kami.....maka Aku redhakan ianya menjadi hakMU.....kerana Engkau Yang Maha Memberi dan Maha Mempunyai....Dan Maha Mengetahui.....Namun aku pohon kepadaMU jika ditakdirkan kedua-dua anakku itu bukan milik kami lagi..tetapi milikMU....maka izinkan aku untuk melihat mayatnya.....Amin Ya...Rabba Alamin....."

Ketika anda bersolat anda hendaklah ikhlas.....dan mengharap yang terbaik daripada Allah....kerana sesuatu perkara yang kita rasa baik untuk kita mungkin sebenarnya tidak baik untuk kita..

Mintalah dengan Allah....kerana Dialah yang Maha Memberi dan Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Ramai sekali isteri lupa berdoa kepada suaminya.....dan ramai sekali manusia lupa untuk bermohon melalui solat ketika menghadapi musibah....sedangkan Allah berfirman bermaksud:
"Berdoalah kepada KU, nescaya akan aku kabulkan permohonanmu itu" (al-Mukmin:60).

Jika musibah anda hadapi hari ini kerana perbuatan orang lain maka inilah peluang terbaik untuk anda berdoa...kerana salah satu doa yang dimakbulkan Allah adalah doa hambanya yang kena aniaya orang....suami kena goda..contohnya...maka berdoalah kepada Allah supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada suami untuk melihat yang halal yang sudah sah miliknya bukan yang haram yang belum sah miliknya. jangan doakan yang tak baik...doakan juga supaya perempuan yang merampas suami kita itu...supaya lepaskan suami kita dan gantilah padanya suami yang sah. Dan jangan lupa serahkan pada Allah......iaitu jika ia suami yang baik untuk kita maka kau kembalikan suamiku ya Allah...kerana Allah lebih Mengetahui...Memang susah cubalah....kerana Allah ada janji-janjiNya....


KELIMA: Bersangka baiklah dengan Allah. Jika kita sudah berusaha dan melakukan yang terbaik untuk pasangan kita, sudah berdoa dan berdoa....jika Allah memberi lain daripada yang kita harapkan dan minta...mungkin ada hikmah lain disebalik itu.

Anas bin malik berkata; Mahukah kamu aku ceritakan sebuah hadis yang tidak pernah diriwayatkan oleh sesiapapun melainkan dari diriku sendiri? Iaitu ketika kami berada disisi Rasulullah SAW yang sedang duduk. Tiba-tiba baginda tertawa. Baginda lalu bertanya:"Tahukah kamu mengapa aku tertawa? Maka mereka menjawab hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu. Baginda bersabda:Aku merasa hairan kepada orang mukmin ini sesungguhnya Allah tidak akan menentukan sesuatu kepadanya kecuali, ada sahaja yang membawa kebaikkan kepadanya. Daripada Ibrahim bin Daud berkata sebahagian ahli Hikmah berpendapat, bahawa Allah mempunyai hamba2 yang selalu menghadapi musibah dengan hati yang penuh gembira yakni redha.Katanya lagi: Mereka inilah org2 yang telah dibersihkan Allah akan hatinya dari mencintai dunia.

Percayalah, jika anda memohon bantuan Allah...Allah akan membantu....dan memberikan yang terbaik untuk anda seperti kisah Ummum Salamah.

Dalam hadist Ummu Salamah disebutkan bahwasanya Rosulullah saw bersabda :

Jika diantara kalian tertimpa musibah, hendaknya berkata :
” Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya, Ya Allah saya hanya mencari pahala dari musibah ini di sisi-Mu, maka berikanlah kepada-ku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini ”
( HR Abu Daud)

Hadis di atas benar-benar dipraktikkan oleh para sahabat, bahkan oleh Ummu Salamah sendiri, tepatnya ketika suaminya Abu Salamah pada detik-detik terakhir dari hidupnya dia berdo’a:

"Ya Allah gantilah untuk keluargaku seseorang yang lebih baik dariku ” Dan ketika Abu Salamah telah meninggal dunia, Ummu Salamah berdoa’ : Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya, Ya Allah saya hanya mencari pahala dari musibah ini di sisi-Mu."

Kemudian apa yang terjadi setelah Ummu Salamah tetap sabar, tabah dan berdo’a sebagaimana yang diajarkan oleh Rosulullah saw ? Ternyata Allah mengabulkan do’a tersebut dan Ummu Salamah mendapat ganti suami yang lebih baik dari Abu Salamah, yaitu Rosulullah saw.

"Ya...Allah jadikan aku manusia yang sentiasa istiqamah.....jauhilah aku daripada cubaan dan dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk menanggungnya.....Amin...."

Semoga Allah sentiasa bersama kita.Semoga disisi kita ada Allah dan insan-insan yang baik-baik...insyallah..


Akan bersambung lagi di Bhg 3.... insya'Allah

Tips Mengembalikan 'Seseorang' Yang Hilang ~ Bhg 1

Tulisan ini adalah petikan atau ringkasan yang Mimie buat berdasarkan post dalam Karya Anakku.com (http://karyaanakku.blogspot.com) ........ Mimie sangat teruja bila membaca tulisan-tulisan beliau kerana Mimie kini sedang diuji oleh Allah dengan sebuah ‘kehilangan’....... Bila membaca tips-tips dan ayat beliau yang berkaitan, Mimie telah disuntik semangat baru untuk terus berusaha mengembalikan yang ‘hilang’.....

Penulis telah melalui pengalaman kehilangan 2 orang anak selama 3 hari 2 malam. Anak-anak beliau telah dilarikan pembantu rumah. Sejak musibah itu penulis amat yakin dengan solat hajat dan doa yang benar-benar mengharap kepada Allah.

Ya Allah Ya Rahim redhailah usaha ku Ya Allah.....


Dalam isu ini, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan seperti menurut penulis, iaitu:

PERTAMA: mesti ada nawaitu nak bantu diri sendiri dulu.......baru berjaya......

KEDUA: membaca. Bacalah. Carilah buku untuk tambah ilmu. Kerana itu wahyu pertama diturunkan berkaitan dengan membaca. 'Iqra.....

KETIGA: Melihat.....meneliti....melihat dengan MATA HATI....fahamilahKawan-kawan anda kehilangan suami, anak, pangkat,harta dan sebagainya kerana anda sekarang sedang diuji, salah satu hikmahnya kerana Allah mahu menaikkan darjat anda disisiNya.

Allah menyebut tentang ini dalam firman Allah swt :Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.( QS Al Baqarah : 155 )

Sedikit pengalaman penulis....Ketika kedua orang anak beliau dilarikan pembantu...beiau juga gelabah....sama seperti manusia lain.... tidak lari daripada fitrah.....beliau menanggis....dan menanggis......disamping cuba bersabar...kekuatan beliau cuma SABAR. Dalam pada itu beliau ‘amat-amat cuba untuk bersabar’. Kenapa beliau meletakkannya didalam pengikat kata? kerana SABAR itu perlukan kekuatan...kekuatan dalaman. Sabar terhadap musibah, iaitu menahan diri dari mengeluh ketika terkena musibah. Jangan salahkan Allah. Contoh " Kenapa aku diuji begini...sedangkan aku sudah berbuat baik dengan suamiku....kenapa !!!!! ?" Jika anda bersabar anda dapat pahala.

Dugaan ini sudah berada didepan anda, sesuatu itu sudah terjadi di depannya, dan dia tidak bisa menghindarinya, artinya dia bersabar atau tidak bersabar sesuatu itu sudah terjadi. Maka lebih baik anda bersabar, kerana banyak sekali janji-janji Allah termaktub didalam al-Quran tentang kebaikkan orang yang sabar, diantaranya Surah al-Baqarah:156-157, al-Baqarah 153, al-Imran:200, Muhammad:31, al-Nahl dan banyak lagi.

Percayalah Allah tidak pernah mungkir janji. Sama sekali tidak.


Bersambung ke Bhg 2....

Monday, August 9, 2010

Menuduh Isteri Berzina


Kadang-kadang tak pernah terfikir kewujudan lelaki yang bergelar suami sanggup menuduh isterinya berzina.......that bad?????? lebih menyedihkan bila tuduhan dilemparkan hanya kerana bulat-bulat mempercayai kepada fitnah manusia-manusia zalim yang nak menghancurkan rumahtangga.....

Para suami, janganlah semudah itu mahu menuduh isteri. please! please! please! Tuduhan zina bukan satu gurauan dan boleh dipandang remeh dan buat main-main.... ingatlah Allah telah menetapkan hukum yang mana jangan dikesali dikemudian hari.....

mari kita berkongsi ilmu dan maklumat......


Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

Li'an..... Laknat menimpa jika berdusta

KEBELAKANGAN ini banyak timbul isu atau kes di Mahkamah Syariah berkaitan kecurangan suami mahupun isteri dan kesan daripada kecurangan itu menyebabkan kebanyakan daripada mahligai yang dibina musnah atau hancur di pertengahan jalan. Kesan daripada kecurangan itu juga menyebabkan kepercayaan pada pihak suami atau isteri akan tergugat sehingga timbul kes di mana seorang suami sanggup menuduh isterinya melakukan zina atau menafikan kandungan yang dikandung isteri bukan darah dagingnya. Tuduhan seorang suami bahawa isterinya berzina atau menuduh anak yang bakal dilahirkan itu adalah bukan darah dagingnya satu tuduhan yang serius dan amat berat dalam Islam.

Jika berlaku, suami perlu membuktikan isterinya sudah berzina dan ini menjadi beban kepadanya melainkan beliau sendiri nampak dengan mata kepalanya atau dapat mengemukakan saksi di mahkamah yang boleh memberi bukti isterinya melakukan zina. Sebaliknya, jika suami tidak melihat kejadian itu ataupun tiada saksi yang menyaksikan isteri berzina, suami diharuskan oleh hukum syarak untuk menuduh isterinya berzina atau menafikan nasab yang dikandung adalah anaknya dengan cara berli’an.

Li’an adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Li’an adalah jalan terbaik jika suami yakin bahawa anak yang bakal dilahirkan isterinya bukan daripada darah dagingnya. Dengan itu, suami perlu bersumpah di hadapan mahkamah bahawa anak itu bukan anaknya dan jika ia berbohong maka Allah akan melaknatnya. Sumpah dibuat dengan nama Allah dan si suami menyebut: “Saya naik saksi atas nama Allah bahawa isteri saya sudah melakukan zina” atau “Saya naik saksi atas nama Allah bahawa anak yang dikandung bukan dari benih saya.”

Sumpah itu hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si suami akan melafazkan: “Sesungguhnya Allah melaknat saya jika saya berdusta” dan sumpah ini hanya diulang sekali saja. Bagaimanapun, tuduhan suami hanya akan bersabit selepas isteri tidak mahu bersumpah. Jika isteri sanggup bersumpah maka segala tuduhan suami dengan sendirinya akan tertolak. Sama seperti suami, isteri perlu bersumpah dan sumpah dibuat dengan nama Allah.

Isteri menyebut: “Saya bersaksi kepada Allah, saya tidak berzina” atau “Saya bersaksi kepada Allah, kandungan ini dari benih suami saya.” Sumpah itu juga hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si isteri akan melafazkan: “Bahawa suami saya berdusta, dan kemurkaan Allah ke atas saya jika suami saya bercakap benar” dan sumpah ini hanya diulang sekali saja.

Dari segi hukum syarak, li’an memberi impak besar kepada hubungan suami isteri di mana hubungan mereka sebagai suami isteri akan berakhir dan mereka tidak boleh merujuk semula. Disebabkan ia termasuk dalam kategori bain kubra ia adalah satu bentuk perceraian yang tidak boleh dirujuk sampai bila-bila. Selain daripada itu, anak tidak boleh dinasabkan kepada suami dan hendaklah dinasabkan semata-mata kepada ibunya. Suami juga tidak diwajibkan membayar nafkah anak.

Daripada sudut jinayat syariyah pula, suami akan gugur had qazaf (tidak dikenakan 80 kali sebatan atas tuduhan itu) jika beliau bersumpah, manakala bagi si isteri pula wajib dikenakan had zina (rejam) jika isteri tidak sanggup untuk bersumpah. Allah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina) tetapi mereka tiada mempunyai saksi kecuali dirinya sendiri maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan Allah bahawa ia seorang yang benar.

Dan yang kelima bahawa laknat Allah atas dirinya jika ia dusta. Dan hukuman dapat tertolak dari isteri jika ia bersumpah empat kali dengan Allah bahawa suaminya itu dusta. Dan yang kelima bahawa kemurkaan Allah atas dirinya jika suaminya yang benar.” (Surah al-Nur, ayat 6-9)

Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: “Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li’an mengikut hukum syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan, dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”

Hakikatnya, bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku adalah lebih baik suami tidak terus menuduh isteri berzina jika tiada bukti yang kukuh atau menafikan nasab anak dikandung isterinya. Jika beliau berasakan tiada sefahaman lagi selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan, talak adalah diharuskan dan bukannya terus menuduh dan kemudian berli’an. Allah berfirman yang bermaksud: “Talak itu dua kali, maka hendaklah kamu pegang atau kamu lepaskan.” (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah talak.” (Hadis riwayat Abu Daud) Berkaitan dengan kandungan pula, jika ingin dinafikan kandungan itu sewajarnya dibuat ujian DNA untuk mengetahui sama ada suami adalah bapa biologi kepada anak itu. Ini penting bagi mengelakkan adanya perasan curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mengikut peruntukan undang-undang, seseorang lelaki boleh berli’an menafikan anak yang lahir daripada bekas isterinya itu sebagai anaknya dalam tempoh empat tahun selepas perceraiannya dengan syarat bekas isteri tidak berkahwin lain dalam tempoh empat tahun itu. Jika lelaki itu tidak berli’an, maka anak hendaklah dinasabkan kepadanya.

Peruntukan ini termaktub dalam seksyen 111 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, 2003 yang memperuntukkan: “Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah.”

Walaupun li’an dibenarkan oleh hukum syarak bagi menjaga nasab serta maruah suami, sewajarnya hendaklah direnung dulu sebelum sebarang tindakan untuk melakukannya dibuat kerana kesan atau impak dari li’an ini amat serius. Masalah akan timbul apabila apa yang dituduh tidak benar, sudah tentu kesan buruk adalah lebih daripada baiknya. Tambahan, laknat Allah akan menimpa jika tuduhan dibuat secara palsu. Ingatlah laknat Allah amat berat dan bukan saja di akhirat malah, di dunia jika Allah mengkehendaki.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Friday, July 30, 2010

Dialog Rumahtangga


kesedaran kepada tanggungjawab sebagai anak, suami & ayah.....


Isteri : Esok Papa nak balik kampung ?

Suami : Ya, kenapa ??

Isteri : Ingat nak bawak anak-anak jumpa sekejap, dah dekat 4 bulan tak jumpa....

Suami : Ohhh... takperlah tu.... nanti bila-bila ada masa boleh jumpa

Isteri : Bila nak jumpa isteri & anak2, Papa kata sibuk, nak balik kampung boleh pulak..

Suami : Oh! itu wajib, jumpa mak bapak.......

Isteri : (dalam hati) Ya Allah Ya Latif..... lembutkanlah hati suamiku sebagaimana Kau lembutkan besi kepada Nabi Daud, gerakkan lah hatinya untuk dia kembali bersama diriku & anak-anak kami. Tunjukkan lah kepada dia jalan yang lurus. Ya Allah diriku difitnah, bantulah diriku Ya Allah. Diriku sangat menyayangi suamiku. Tak sanggup diriku melihat suamiku terus hanyut... kasihanilah dia Ya Allah. Tiada daya upayaku dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah....Selawat & salam ke atas Rasulullah. ....Amin ya Rabbal Alamin....


Tuesday, July 20, 2010

Doa Isteri buat Suami Tersayang


Maha suci Allah Subhanahu Wa Taala.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

Ujian, masalah dan musibah adalah TEGURAN Allah dan ianya adalah tanda kasih Allah pada hambaNYA agar TIDAK terus leka, lena dan alpa dalam kemurkaan Allah..... Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang sering dalam kelekaan!!!

Ujian dalam rumahtangga adalah salah satu ujian dalam kehidupan kita. Cuma perlu bijak dalam menanganinya.. fikir dulu sebelum bertindak atau menjatuhkan hukuman.... Allah bagi akal, gunalah, nak simpan buat apa....

Jangan ego, sombong, bersangka buruk dll sewaktu dengannya..... masalah takkan selesai dengan baik jika tindakan atau keputusan dibuat dipengaruhi unsur2 sedemikian.

Jangan lupa sentiasa menyerahkan diri kepada Allah. Kerana apa? Kerana hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat kita. Hanya Allah yg tahu mengatur yang terbaik buat kita.
Bila diuji, perjalanannya mungkin susah, tapi kita mesti percaya kepadaNya.... pegang pada janji-janjiNya... Selepas kesusahan, akan ada kesenangan!

Kadang2 memang ketentuan Allah tu tak kena ngan kehendak kita...
Kita merancang, Allah merancang..... Terimalah perancangan Allah, ianya paling sempurna....

Ce Rara my niece said: Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan nak beri kita pelangi :)

Thanx Ce Rara!

ALLAH maha besar! ALLAH maha mengetahui...
ALLAH lebih tau apa yang Mimie cari dan ALLAH gerakkan hati Mimie sehingga terjumpanya blog mereka ini yang membantu pengisian jiwa ... Mimie rasa ianya sangat bagus untuk dikongsi bersama kaum isteri di luar sana.....

Izinkan Mimie berkongsi....

Petikan yang Mimie 'copy' dari Karya Anakku.com

redhalah dengan pasangan anda....kerana jika anda merasa anda sebenarnya seorang yang baik sedangan pasangan anda tidak seperti anda...ketahuilah mungkin anda dipilih oleh Allah untuk memperbaiki pasangan hidup anda...berdoalah.Doa boleh merubah nasib seseorang....

None of us is perfect. Jangan perlekehkan kekurangan atau kejahilan suami. Wajib kita isteri doakan kesejahteraan suami pada setiap masa. Doakan agar dia menjadi insan yang lebih baik dari dirinya sekarang. Kalau kita isteri tak doakan suami, siapa lagi nak doakan dia? kesian suami kitakan! terutama jika anak-anak masih kecil...
Mari kita doakan suami kita.....

Doa ini dipetik dari blog Puan Roza ~ Hidup Itu Indah

"Ya Allah, Inikah dia jodoh ketetapan-Mu yang didatangkan hasil dari istiharahku? Benarkah dia jodoh yang terbaik untuk ku? Jika benar, berikanlah daku sifat yang sabar. Jika benar berikanlah daku di kesempatan yang ada untuk melihat dia berubah. Berubah menjadi apa yang ingin daku inginkan.Diriku takut sekali ya Allah, jika ajalku sampai terlebih dahulu, tidak dapat lagi daku mendoakannya. Sedangkan dia adalah dia yang seakan redha dengan kejahilannya"

"Ya Allah. Suamiku ini adalah anugerah dari sisi-MU. Yang perlu disyukuri dan diredhai. Namun, apakah daku benar-benar bersedia menerima keadaan seadanya? Rela melihat dia menutup mata dan pergi di dalam keadaan yang tidak rela daku saksikan..?Wahai tuhan, dari-Mu kami datang. Kepada-Mu jua kami akan dikembalikan."


Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup dan kebahagiaan kepada kami umat-umatMu pengikut kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah .... Amin Ya Rabbal Alamin

Ya Allah.. ku menanti pelangi Mu Ya Allah......