Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Monday, January 17, 2011

'Givers Gain' by Prof. Muhaya



Assalamualaikum,

syukur kepada ALLAH kerana mengaturkan pertemuan Mimie dengan insan-insan yang bermurah hati berkongsi kelebihan ilmu ALLAH yang mereka ada... pertemuan kali ini adalah melalui tv...... indahnya kelebihan teknologi!

last friday sambil bersantai petang Jumaat bersama mereka yang tersayang, Mimie pertama kalinya menonton 'Dari Mata ke Hati' hosted by Prof. Muhaya....... rancangan yang sangat menarik!

penuh dengan ilmu dunia akhirat dan penyampaiannya sangat santai dan menarik minat untuk mendengar lagi, dan lagi, dan lagi....... Prof hamba ALLAH yang istimewa!

seperti biasa, bila 'dari mata dah turun ke hati' bermulalah pencarian Mimie about Prof. hari ni kita kongsi sikit dari apa yang dikongsikan sebelum ni..... Mimie pun pertama kali dengar & tengok....

Tajuk nya ialah..... 'Givers Gain' ; ambik dari youtube and divided into 5 parts.


Part 1 - http://www.youtube.com/watch?v=Igao_MwScts&NR=1

Part 2 - http://www.youtube.com/watch?v=fq1PXBypZcI&feature=related

Part 3 - http://www.youtube.com/watch?v=LuOPrCsX2jA&feature=related

Part 4 - http://www.youtube.com/watch?v=iyqlOUX3q_0&feature=related

Part 5 - http://www.youtube.com/watch?v=rlKV-u-wv3M&feature=related


moga kita beroleh ilmu yang dapat membantu kita menuju Bahagia & Kejayaan di dunia dan juga di akhirat!!! PASTI !!!
.
.
.
.

Tuesday, August 24, 2010

Kemustajaban Doa


Petikan dari : http://drmaza.com

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa
Disiarkan pada Apr 24, 2010 dalam kategori Akidah




Soalan:
Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.

Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.

Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa.

Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.

Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.

Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.

Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

Doa itu senjata mukmin!

Tuesday, August 17, 2010

Satu Jam bersama Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah


Syukur kepada Allah s.w.t. atas keizinanNya Mimie telah dapat menghadiri usrah
'Ramadhan Membina Insan Bertakwa' di Surau Al-Ikhwan, Sungai Buloh pada 14 Ogos, 10' jam 11am. Terima kasih Kak Tipah yang telah menjemput Mimie !!!

Ustazah, manis orangnya, kata-kata yang terpacul dalam ceramahnya buat Mimie sangat seronok mendengar dan menghayati..... pantun lucu spontan pun menceriakan suasana ceramah..

Ringkasan perkongsian yang Mimie dapat pada hari tersebut ...

Ramadhan Al-Mubarak = Ramadhan yang Diberkati

amal ibadah yang dibuat sepanjang Ramadhan
1 ibadah Fardhu = 70 ibadah Fardhu
1 ibadah Sunat = 1 ibadah Wajib

subhanallah..... betapa pemurahnya ALLAH !!!

Bersahur janganlah dipandang ringan. Banyak keberkatan dalam waktu sahur...
1. Qiamulail - dah terlanjur bangun nak makan, boleh buat solat tahajud, solat tasbih, solat hajat, solat taubat dsb
2. Ada keberkatan pada makanan
3. Ada keberkatan pada makan berjemaah

Malam Lailatul Qadar (Salah satu malam dari 10 malam terakhir bulan Ramadhan)
1. Ibadah pada malam tersebut bersamaan ibadah 1000 bulan (83 tahun 3 bulan)
kenapa 1000 bulan? bersempena seorang hamba Allah yang hidupnya siang berjihad ke jalan Allah dan malamnya beribadah
2. Waktunya bermula dari waktu Maghrib sehinggalah masuk waktu Subuh.

Meninggalkan puasa dengan sengaja dalam bulan Ramadhan, pahala puasa semasa mengganti puasa tersebut takkan sama dengan puasa yang ditunaikan dalam bulan Ramadhan.

Puasalah seperti saranan Imam Al-Ghazali = Puasa makan minum, mata, telinga, puasa segala..... syaitan memang diikat sepanjang bulan Ramadhan tapi tidak nafsu kita yang telah dididik syaitan...

Sepanjang kita berpuasa sehinggalah kita berbuka, makhluk Allah yang lain seperti malaikat, burung, ikan dsb akan sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa kita... mashaAllah!!

Laluilah Ramadhan dengan sebaik-baiknya dan anggaplah Ramadhan yang sedang dilalui adalah Ramadhan terakhir kita.... manfaatkanlah sebaik-baiknya! maksimum termampu.

Moga ibadah kita diterima Allah dan kita dibukakan pintu syurga 'Al-Rayyan' dan dimasukkan ke syurga dengan RahmatNYA...

Insya ALLAH....

Thursday, August 12, 2010

FADHILAT TARAWIH


Selepas menunaikan kewajiban puasa di siang hari, tibalah ketika untuk kita menambah lagi collection bagi akaun akhirat kita pada sebelah malam iaitu menunaikan solat sunat tarawih..... Kebiasaannya ditunaikan 8 rakaat atau 20 rakaat dan disudahi dengan solat sunat witir 3 rakaat. Sebenarnya rakaat tertentu untuk tarawih tidak ditetapkan.


Pada awal Ramadhan biasanya masjid dan surau agak sesak juga...... tapi bila dah ke penghujung mulalah semakin kurang rancak..... alasannya buat kuih raya dsb... no no no.... no excuse please.... setahun sekali jer peluang ni. Tahun depan sempat ke kita nak bertarawih lagi??? buat improvement lah ya berbanding tahun lepas-lepas..... kita ni semakin hari semakin pendek umur kita dah.......


For those yang ada si'kecil', please hati-hati kerana si'kecil' kita mungkin mengganggu jemaah lain yang tengah sedaya upaya mengkhusyukkan solat mereka.... sendiri pun kadang-kadang tertanya-tanya...'eh! si'kecil' kat belakang ni tengah buat apa ya?? ada ke dia ke lagi kat belakang nih, ke dah merayau tempat lain.....ishhh macam-macam lah yang terlintas dalam kepala....lepas bagi salam pertama, mata terus melilau cari anak....so, fikirlah yang terbaik.... jangan kita nak collect pahala, orang lain pulak berdosa tak pasal-pasal sebab geram kat si'kecil' kita.....


InsyALLAH solat sunat tarawih yang didirikan dengan panuh khusyuk (cuba sedaya upaya), dan ikhlas akan diterima ALLAH dan akan dimasukkan ke dalam akaun kita bagi kegunaan di akhirat nanti. InsyaALLAH di dunia ini pun ada ALLAH berikan hadiah buat kita...... ALLAH maha pemurah..... untuk akhirat ada, dunia pun ada..


let us share the fadhilat here....


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar



Semoga kita memperolehi rahmat dan keberkatan dari ALLAH s.w.t.


Selamat meneruskan ibadah puasa dengan berkualiti.....






Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

(Surah al-Baqarah: 183)


SELAMAT BERPUASA !!!!!

Hari ini bermulalah ibadah puasa bagi semua umat islam diseluruh dunia. 1 Ramadhan 1431H

Semoga kita semua bersemangat memperbaiki kualiti ibadah puasa kita berbanding yang lepas-lepas. Puasa yang sebenar-benarnya. Bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga. Mulut, telinga, mata semua kena puasa.....

InsyaAllah nanti Mimie sambung ya.....


Monday, August 2, 2010

Tahlil, Tahmid & Tasbih





Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
[HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]

Barang siapa yang selepas solatnya bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


Tahlil :
La ilah illa ALLAH
- Tiada Tuhan Melainkan Allah

Tahmid :
Alhamd li ALLAH
- Segala pujian bagi Allah

Tasbih :
Subhana ALLAH
- Maha Suci Allah


Insya ALLAH...

Allah itu maha pengampun lagi pemurah !!!






Friday, July 30, 2010

Dialog Rumahtangga


kesedaran kepada tanggungjawab sebagai anak, suami & ayah.....


Isteri : Esok Papa nak balik kampung ?

Suami : Ya, kenapa ??

Isteri : Ingat nak bawak anak-anak jumpa sekejap, dah dekat 4 bulan tak jumpa....

Suami : Ohhh... takperlah tu.... nanti bila-bila ada masa boleh jumpa

Isteri : Bila nak jumpa isteri & anak2, Papa kata sibuk, nak balik kampung boleh pulak..

Suami : Oh! itu wajib, jumpa mak bapak.......

Isteri : (dalam hati) Ya Allah Ya Latif..... lembutkanlah hati suamiku sebagaimana Kau lembutkan besi kepada Nabi Daud, gerakkan lah hatinya untuk dia kembali bersama diriku & anak-anak kami. Tunjukkan lah kepada dia jalan yang lurus. Ya Allah diriku difitnah, bantulah diriku Ya Allah. Diriku sangat menyayangi suamiku. Tak sanggup diriku melihat suamiku terus hanyut... kasihanilah dia Ya Allah. Tiada daya upayaku dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah....Selawat & salam ke atas Rasulullah. ....Amin ya Rabbal Alamin....


Tuesday, July 27, 2010

Buatmu Kekasihku .......


Tulisan asal dipetik dari: littlehealer.wordpress.com/2007/04/10/doa-buat-kekasih


Ya Allah….Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Junjungan kami ya Rasulullah...

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah semula hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah semula kebahagian antara kami….
Segarkan semula kasih sayang antara kami...
agar kemesraan dan kebahagiaan itu abadi…

Dan Ya Allah…
Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan lagi miliku…
Walau diriku amat menyayangi dirinya....
Permudahkanlan urusanku Ya Allah...
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta Ya Allah...
Ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah, Ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
Kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Ya Allah....
Tiada daya upaya ku melainkan dengan pertolonganMu Ya ALLAH....

Amin.. Ya Rabbal A’lamin..
Ya Allah, ku menyayanginya dengan sepenuh hati ku.........



Monday, July 26, 2010

Penggunaan Inhaler semasa berpuasa for Pesakit Asthma



Telah dipetik dari www.bharian.com.my

Soalan :

Sahkah puasa bagi pesakit asthma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?

Jawapan :

Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan.

Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman.
Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.
Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Mimie baru tau pasal ni last Friday from Dr Hj. Nasir dari Klinik Dr Rosli. He said dia sangat2 sure dengan hal ini..... you can use it !!!! went to his clinic sebab my eyeball bleeding ~ he said may be due to stress!!!

InsyaAllah... Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Tuesday, July 20, 2010

Doa Isteri buat Suami Tersayang


Maha suci Allah Subhanahu Wa Taala.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

Ujian, masalah dan musibah adalah TEGURAN Allah dan ianya adalah tanda kasih Allah pada hambaNYA agar TIDAK terus leka, lena dan alpa dalam kemurkaan Allah..... Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang sering dalam kelekaan!!!

Ujian dalam rumahtangga adalah salah satu ujian dalam kehidupan kita. Cuma perlu bijak dalam menanganinya.. fikir dulu sebelum bertindak atau menjatuhkan hukuman.... Allah bagi akal, gunalah, nak simpan buat apa....

Jangan ego, sombong, bersangka buruk dll sewaktu dengannya..... masalah takkan selesai dengan baik jika tindakan atau keputusan dibuat dipengaruhi unsur2 sedemikian.

Jangan lupa sentiasa menyerahkan diri kepada Allah. Kerana apa? Kerana hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat kita. Hanya Allah yg tahu mengatur yang terbaik buat kita.
Bila diuji, perjalanannya mungkin susah, tapi kita mesti percaya kepadaNya.... pegang pada janji-janjiNya... Selepas kesusahan, akan ada kesenangan!

Kadang2 memang ketentuan Allah tu tak kena ngan kehendak kita...
Kita merancang, Allah merancang..... Terimalah perancangan Allah, ianya paling sempurna....

Ce Rara my niece said: Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan nak beri kita pelangi :)

Thanx Ce Rara!

ALLAH maha besar! ALLAH maha mengetahui...
ALLAH lebih tau apa yang Mimie cari dan ALLAH gerakkan hati Mimie sehingga terjumpanya blog mereka ini yang membantu pengisian jiwa ... Mimie rasa ianya sangat bagus untuk dikongsi bersama kaum isteri di luar sana.....

Izinkan Mimie berkongsi....

Petikan yang Mimie 'copy' dari Karya Anakku.com

redhalah dengan pasangan anda....kerana jika anda merasa anda sebenarnya seorang yang baik sedangan pasangan anda tidak seperti anda...ketahuilah mungkin anda dipilih oleh Allah untuk memperbaiki pasangan hidup anda...berdoalah.Doa boleh merubah nasib seseorang....

None of us is perfect. Jangan perlekehkan kekurangan atau kejahilan suami. Wajib kita isteri doakan kesejahteraan suami pada setiap masa. Doakan agar dia menjadi insan yang lebih baik dari dirinya sekarang. Kalau kita isteri tak doakan suami, siapa lagi nak doakan dia? kesian suami kitakan! terutama jika anak-anak masih kecil...
Mari kita doakan suami kita.....

Doa ini dipetik dari blog Puan Roza ~ Hidup Itu Indah

"Ya Allah, Inikah dia jodoh ketetapan-Mu yang didatangkan hasil dari istiharahku? Benarkah dia jodoh yang terbaik untuk ku? Jika benar, berikanlah daku sifat yang sabar. Jika benar berikanlah daku di kesempatan yang ada untuk melihat dia berubah. Berubah menjadi apa yang ingin daku inginkan.Diriku takut sekali ya Allah, jika ajalku sampai terlebih dahulu, tidak dapat lagi daku mendoakannya. Sedangkan dia adalah dia yang seakan redha dengan kejahilannya"

"Ya Allah. Suamiku ini adalah anugerah dari sisi-MU. Yang perlu disyukuri dan diredhai. Namun, apakah daku benar-benar bersedia menerima keadaan seadanya? Rela melihat dia menutup mata dan pergi di dalam keadaan yang tidak rela daku saksikan..?Wahai tuhan, dari-Mu kami datang. Kepada-Mu jua kami akan dikembalikan."


Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup dan kebahagiaan kepada kami umat-umatMu pengikut kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah .... Amin Ya Rabbal Alamin

Ya Allah.. ku menanti pelangi Mu Ya Allah......

Fitnah


bila diri di fitnah........ apa rasa ?????

ouchhhhh!!!! sakitnya.......... apa yang sakit? tentulah hati..........jiwa raga pelbagai... air mata dibuang tak usah cakaplah..... cukup agaknya nak meminang Puteri Gunung Ledang.....

kadangkala fitnah ini melibatkan orang sekeliling kita juga! emmm lagilah hiba !!!! sob sob sob..

bila hati sakit, ubatnya takder kat hospital atau klinik atau farmasi dan seangkatannya...‎ apa mau bikin ini macam ?????

ALLAH! ALLAH! ALLAH! tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Mu Ya ALLAH

tak apa, ALLAH ada.... kata Kak Zakiah kawan Kak Liza satu ketika dulu.... simple but sejuk hati mendengarnya......

yes! kita kena ingat ALLAH sentiasa bersama mereka yang benar. Allah maha adil !!

Fitnah terjadi.... Allah sudah mentaqdirkan, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya

"Ya Allah, semoga ujian fitnah ini dibalas pahala dan dijadikan penghapus dosa-dosaku disisiMu Ya Allah..."

pengalaman diri tidak menidakkan bukan mudah nak menerima mulut-mulut orang zalim yang suka memfitnah ni..... bukan mudah.... not as easy belajar a,b,c, dan 1,2,3....

susahnyer nak memaafkan mereka nih.... yerlah, huru hara kita dibuatnya!

memang kena kuat menghadapi fitnah. word sabar tu memang dah buat collection! semua penyokong2 akan cakap S.A.B.A.R........

ada yang kata "dah tak buat, apa susah hati..." memang tak susah hati sebab tak buat but bila difitnah bukan-bukan, mau tak tercalar hati ni.....mau tak mau singgah juga kata-kata fitnah kat kepala otak nih walau seketika... kalau tak kena gaya, lama lak dia singgah...sampai mengigau pun ada! mentally torture!!! sedih sangattttttt.... sangat sangattttttt........ siapa dah diuji dengan fitnah, dia taulah rasanya...

anyway, Rasulullah s.a.w. pun difitnah, isterinya Saidatina Aisyah pun difitnah..... so, siapalah kita ni yang tak boleh difitnah......


secebis kisah untuk dikongsi....


Seorang pengemis Yahudi buta selalu berpesan kepada orang ramai yang lalu lalang di pasar agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad dengan memfitnah orang itu gila, pembohong, tukang sihir, dan akan dipengaruhinya.

Walau difitnah sedemikian, Rasulullah SAW tetap menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis tersebut hingga menjelang beliau wafat ...

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., seorang sahabat beliau cuba untuk menyuapkan makanan kepada pengemis Yahudi itu. Pengemis Yahudi berkata kepada sahabat Rasulullah s.a.w., “Engkau bukan orang yang selalu menyuapkan aku makanan. Orang yang selalu menyuapkan aku itu suapannya begitu lembut dan penuh dengan rasa sayang.”
Sebaik sahaja sahabat itu memberitahu pengemis Yahudi buta itu bahawa Rasulullah lah yang selama ini menyuapkannya makan walau menjadi mangsa fitnah beliau, pengemis Yahudi terus menangis insaf dan terus memeluk agama Islam.



dan 1 lagi kisah..


Saidatina Aisyah difitnah oleh Abdullah bin Ubay... Isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. itu telah difitnah bersama salah seorang sahabat yang bernama Sofwan Ibnu al-Mu'atal.Walaupun kata-katanya tidak menyebut dengan jelas berhubung dengan zina, namun apabila sampai kepada pengetahuan banyak orang, mereka yang lemah iman menambah menjadi tuduhan zina buat isteri Rasulullah s.a.w. Bagi Rasulullah s.a.w., baginda mengenali isterinya tetapi fitnah yang tersebar ke atas puteri Abu Bakar itu sanggat mengganggu dirinya. Akhir sekali, Allah pun menurunkan wahyu mencantas segala fitnah yang menimpa Saidatina Aisyah.



"Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah kami dari seksa kubur ,dan jauhkanlah kami dari azab neraka jahanam,dan jauhkanlah kami dari FITNAH ketika hidup dan mati ,dan jauhkanlah kami dari fitnah Dajjal"


ALLAH menciptakan manusia dan memberikannya akal bukan untuk memfitnah!!!!

Tuesday, July 13, 2010

1 Syaaban 1431H

Pantas masa berlalu.....hari ni dah pun 1 Syaaban 1431H....
Bulan Syaaban, bulan yang penuh dengan keberkatan...

Jom sama-sama kita manfaatkan kesempatan Syaaban tahun ini dan seterusnya selagi ada hayat dengan melipat gandakan amal ibadah kepada Allah s.w.t.. Perhubungan dengan Allah s.w.t. juga mesti ada continuous improvement kan! Babah & Mama beramal, ajaklah anak-anak bersama ya! ajak adik beradik kaum keluarga berjemaah ramai-ramai....
sure lebih seronok beribadah!


Jom puasa bagi yang mampu....

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban..

Antara hadith yang sahih mengenai nisfu Syaaban adalah:

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)"

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf). - dipetik dari Minda Tajdid


.. sesungguhnya, hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.....