alhamdulillah... hari ni ALLAH beri kesempatan pergi ke pejabat Pertubuhan BelaMiskin (NGO) di Seksyen 16, Shah Alam bersama Kak Long. tujuan ke sana adalah untuk sedekahkan pakaian-pakaian terpakai anak-anak, Mimie dan Kak Ngah yang masih elok.
pertubuhan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang daif memerlukan makanan, pakaian, tiusyen dan lain-lain keperluan hidup tanpa mengira bangsa.
mereka mengalukan bantuan orang ramai tak kira dalam bentuk kewangan, barang makan, pakaian, buku, pinggan mangkuk dsb.
mereka juga menyediakan Pusat Makan Percuma dari Isnin - Sabtu, 10.30a, - 5pm, di No. 6, Jalan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam
for details, please visit http://www.belamiskin.org/
Kak Long yang discover pertubuhan ni from somewhere..... nak pergi dari sehari ke sehari, asyik tertangguh. pakaian-pakaian tu dah ntah berapa kali keluar masuk kereta....
we met Puan Liza dan anaknya Cik Nisa selaku pengurus pertubuhan. panjang berbual dengan mereka. kami dihidangkan teh tarik, seperti yang disediakan kepada semua pengunjung. sedap!!!
kami dikongsikan pengalaman mereka, aktiviti dijalankan dan berkongsi suka duka berurusan dengan 'orang-orang' tertentu. bukan senang nak buat baik dan kerja kebajikan ni......
Mimie kagum dengan mereka. pengorbanan, keperihatinan dan kasih sayang yang dikongsi bersama yang memerlukan. kepuasan mereka bila dapat membantu dan melihat mereka yang datang ke tempat mereka bagi menikmati makanan percuma sukar diucap.
Mimie sendiri pun sepanjang berbual dengan mereka dok memandang muka-muka yang datang makan di situ. dianggarkan 200 - 300 orang sehari yang datang makan. tua, muda, kanak-kanak sekolah ada semua........ terharu mendengar cerita berbagai gelagat manusia yang datang. ada yang seolah-olah tamak dan ambik makanan banyak2 bimbang makanan habis, ada yang tak pernah berpeluang menikmati mi sup, ada yang menangis bila dihidangkan sup tulang......
cuma ada 1 yang terkilan.... ada yang datang makan percuma, lepas makan, hisap rokok! wahhh.. macam tak kena jer rasanya....
Ya ALLAH, luaskanlah rezeki dan permudahkanlah segala usaha Puan Liza dan suaminya serta keluarganya bagi membantu mereka yang memerlukan. mulia hati suami isteri serta seisi keluarga mereka ini.....
Puan Liza akui kini dia rasa puas dan tenang dengan apa yang dapat dikongsi...... kalau dulu duit seribu dibelanjakan entah ke mana, kini hati puas bila tengok dengan wang sebanyak itu dapat menggembirakan beratus hamba ALLAH yang kelaparan dan meringankan beban mereka.
sebelum balik, Mimie dan Kak Long tinggalkan nama dan contact number kat Nisa, teringin juga jika ada keizinan dan rezeki ALLAH untuk bersama2 mereka dalam aktiviti serta kerja-kerja amal.
masih ada yang berhati mulia dan prihatin sesama insan dan masih ramai yang daif di luar sana....

terharunya bila baca post kak shida ni. jgnlah puji melambung. apa yang terdaya kami sekeluarga buat, kami buat. tapi byk juga insan-insan yang masih kami terkilan coz tak dapat membantu. InsyaAllah, kami teruskan juga selagi kudrat ada.
ReplyDeletethanks kak.
apa yang ditulis adalah yang benar belaka ........
ReplyDeleteteruskan perjuangan, penghargaan dari ALLAH yang kita harapkan...