Thursday, October 28, 2010

Surah Al-Kausar


Surah Al-Kausar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah.

Bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

walau apa pun yang pasti InsyaALLAH bila kita membaca ayat di atas akan mendapat ganjaran pahala membaca Al-Quran !!


Wallahualam....


Rezeki


bangun pagi tadi perut rasa lapar..... padahal malam semalam diner cam biasa. takperlah alhamdulillah masih ada selera ALLAH bagi..... kalau takder selera makan, kan lagi susah!

turun bawah, wowwww Erra buat sandwich tuna! yummy! yummy! dalam hati, nilah rezeki ALLAH bagi untuk pagi ni... rajin anak sdara Ce Mie!! luv you! muahhmuahh! cam tau jer Ce Mie lapar! ok, nanti lepas mandi boleh sarapan before go to work....

masuk mandi, naik atas, pilih baju mana nak pakai...... buat apa yang patut, kisses to my 2 kiddos and ready to work......
masukkan handphones dalam handbag, ambik kunci, bukak pagar & start enjin kereta.... jalannnnnnn

ok, dah sampai depan ofis, panjang leher nengok parking space available.... eh! berbunyi lak perut..... huhhhh????? WAAAAAA... lupa nak breakfast!!!!!!!

itulah dia........ perut lapar, rezeki dah terhidang atas meja, kalau bukan hak kita, bukan rezeki kita yang ALLAH dah tulis, takkan sampai kat kita kan! kadangkala rezeki yang dah nak sampai kat mulut pun boleh terjatuh dan tak dapat diselamatkan! itulah dia jika bukan tertulis rezeki kita!!!!
rezeki yang ALLAH dah tulis for breakfast today sebenarnya ialah bihun goreng by Kak Long........ alhamdulillah, syukur kepada Mu ya ALLAH atas rezeki KAU kurniakan


Wednesday, October 20, 2010

Pertubuhan BelaMiskin



alhamdulillah... hari ni ALLAH beri kesempatan pergi ke pejabat Pertubuhan BelaMiskin (NGO) di Seksyen 16, Shah Alam bersama Kak Long. tujuan ke sana adalah untuk sedekahkan pakaian-pakaian terpakai anak-anak, Mimie dan Kak Ngah yang masih elok.

pertubuhan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang daif memerlukan makanan, pakaian, tiusyen dan lain-lain keperluan hidup tanpa mengira bangsa.
mereka mengalukan bantuan orang ramai tak kira dalam bentuk kewangan, barang makan, pakaian, buku, pinggan mangkuk dsb.
mereka juga menyediakan Pusat Makan Percuma dari Isnin - Sabtu, 10.30a, - 5pm, di No. 6, Jalan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam
for details, please visit http://www.belamiskin.org/

Kak Long yang discover pertubuhan ni from somewhere..... nak pergi dari sehari ke sehari, asyik tertangguh. pakaian-pakaian tu dah ntah berapa kali keluar masuk kereta....

we met Puan Liza dan anaknya Cik Nisa selaku pengurus pertubuhan. panjang berbual dengan mereka. kami dihidangkan teh tarik, seperti yang disediakan kepada semua pengunjung. sedap!!!

kami dikongsikan pengalaman mereka, aktiviti dijalankan dan berkongsi suka duka berurusan dengan 'orang-orang' tertentu. bukan senang nak buat baik dan kerja kebajikan ni......
Mimie kagum dengan mereka. pengorbanan, keperihatinan dan kasih sayang yang dikongsi bersama yang memerlukan. kepuasan mereka bila dapat membantu dan melihat mereka yang datang ke tempat mereka bagi menikmati makanan percuma sukar diucap.

Mimie sendiri pun sepanjang berbual dengan mereka dok memandang muka-muka yang datang makan di situ. dianggarkan 200 - 300 orang sehari yang datang makan. tua, muda, kanak-kanak sekolah ada semua........ terharu mendengar cerita berbagai gelagat manusia yang datang. ada yang seolah-olah tamak dan ambik makanan banyak2 bimbang makanan habis, ada yang tak pernah berpeluang menikmati mi sup, ada yang menangis bila dihidangkan sup tulang......
cuma ada 1 yang terkilan.... ada yang datang makan percuma, lepas makan, hisap rokok! wahhh.. macam tak kena jer rasanya....

Ya ALLAH, luaskanlah rezeki dan permudahkanlah segala usaha Puan Liza dan suaminya serta keluarganya bagi membantu mereka yang memerlukan. mulia hati suami isteri serta seisi keluarga mereka ini.....

Puan Liza akui kini dia rasa puas dan tenang dengan apa yang dapat dikongsi...... kalau dulu duit seribu dibelanjakan entah ke mana, kini hati puas bila tengok dengan wang sebanyak itu dapat menggembirakan beratus hamba ALLAH yang kelaparan dan meringankan beban mereka.

sebelum balik, Mimie dan Kak Long tinggalkan nama dan contact number kat Nisa, teringin juga jika ada keizinan dan rezeki ALLAH untuk bersama2 mereka dalam aktiviti serta kerja-kerja amal.

masih ada yang berhati mulia dan prihatin sesama insan dan masih ramai yang daif di luar sana....










Monday, October 18, 2010

Penyusunan ALLAH

selepas dinner malam Jumaat lepas, my niece Erra tanya nak join dia gi Melaka tak on Saturday.. dia nak gi ambik buku dari kakaknya Hanis di Kolej Manipal. Nak! Nak! tu jawapan spontan dari mulut Mimie.... entahlah, lately ni rasa rajin lak nak berjalan bawak anak2 walau isi kandungan poket semakin kekeringan.. hihihi..

ok, Jumaat, lepas kerja Mimie ikut Erra balik Sri Putra and the next morning Ce Ya & Kak Ngah datang ngan kereta dia and Ucop yang pun sama nak merombong ke Melaka datang bawak kereta Mimie.... Mimie need transport sebab ada nak attend training kat KL on Sunday, nak guna kereta. nak bawak terus kereta konvoi ngan Erra balik Sri Putra, Ucop need car pulak gi kerojer! ok.... Mimie memang tak der mood pun nak drive lately nih, berjalan jer rajin..

Sabtu pagi, alamak! Ucop tak dapat join ke Melaka. ada kerja sampai malam... huhu, transport nak gi training, cemana nih?? ok lah jika takder pilihan, pinjamlah kereta pemilik bertuah di Sri Putra ... hhhiiiii....

then Ucop britau pulak, takper, malam nanti Ucop datang hantar kereta and balik Pinggiran USJ ngan Ce Ya & Kak Ngah...okkk, cantik !!!!

Nak gi Melaka pukul berapa???? 11pagi? uishhh awal sangat, bukan nak ke mana pun, nak ambik buku, jalan2 kat Jonker & gonna makan ikan bakar di Sg Duyung..... ok, decide gi after solat zohor.... tik tok tik tok....dah kul 2.00, mana Ce Ya & Kak Ngah tak sampai2 lagi nih????? Abang Shidi kata makan tghari lambat sangat nanti tak sedap nak menikmati ikan bakar..... ish ish ish.....2.30, 3.00, 3.30 and at last..... almost 4pm tibalah anak dara berdua.... rupa2nya Kak Ngah siapkan mengemas bilik. ada communication error antara Erra ngan Ce Ya..... takper, lepas Asar lah kita bertolak ke Melaka.....tak ada apa pun nak kejar.... Ce Ya & Kak Ngah makan tengahari dulu. saya masak asam pedas ikan jenahak! kami semua yang lain ni dah makan dulu sebab perut dah tak tau nak nyanyi lagu apa dah.........laporrrrr.....

sementara menunggu Ce Ya & Kak Ngah makan, yang lain bersiap. Mimie masuk mandi... keluar mandi, my sis Liza panggil...... Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... our cousin Kak Lijan meninggal dunia. komplikasi darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung... last jumpa dia was about 8 mths ago, semasa wedding my nephew, Faizal.

Al-Fatihah buat Kak Lijan...... we gonna miss you!!!! semoga roh Kak Lijan di tempatkan bersama wanita2 solehah.

so, instead bersiap ke Melaka, bersiaplah untuk ziarah arwah di Ukay Perdana dan dari situ terus balik Pekan, Pahang bagi menghadiri pengkebumian.

beginilah kehidupan, kita merancang ALLAH menentukan dan permudahkan mengikut kehendakNYA....

1. hati terasa nak berjalan, ALLAH gerakkan Erra mempelawa ke Melaka....jika tiba-tiba sniri nak pergi, taklah rasanya...

2. malas nak drive, ALLAH aturkan Ucop perlukan kereta nak pergi kerja, hahaha Ucop tolong hantar kereta lepas dia siap kerja.. just tumpang Erra jelah ke Sri Putra!!!

3. ALLAH gerakkan Kak Ngah kemas bilik & dia bersama Ce Ya lewat sikit sampai..... jika kami ke Melaka lebih awal, lebih lewat kami sampai ke Ukay Perdana membantu menguruskan jenazah sepupu. Arwah hanya ada adiknya suami isteri yang kebetulan datang ziarah beliau..
..
4. Sementara mereka menimbus tanah pusara Kak Lijan, ALLAH beri kesempatan ziarah pusara my beloved Mak, Tok, Tok Cha & my eldest sis, Kak Yan yang terletak di tanah Perkuburan yang sama....... Al-Fatihah buat mereka yang telah mendahului kita....

5. Ke Melaka pastinya banyak duit mengalir keluar. Mereka yang meneruskan rancangan ke Melaka.... waaaa ukur jalan kat Jonker sambil menyopping......

dan pastinya ada lagi beberapa hikmah lain yang nyata dan tidak nyata......