(dikongsi oleh DR FATMA ELZAHRAA)
Al-Quran yang agung mengandungi ubat segala penyakit, ubat bagi mententeramkan jiwa, ubat penyakit hati dan juga merupakan cahaya bagi mereka yang berada dalam 'kegelapan'.....
Antara beberapa ayat terpilih dari surah Yasin yang mempunyai keberkatan tersendiri telah dikongsikan oleh Dr Fatma bersama kita semua adalah seperti berikut :-
Ayat 9 ; Untuk keselamatan diri.
Ayat 12 ; Jantung Yasin. Rasulallah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap muslim.
Ayat 22 - 23 ; Menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak-anak.
Ayat 29 ; Amalan untuk mengelakkan diri dari fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 30 ; Keinsafan. Moga dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa di hati dan beramal dengannya).
Ayat 32 ; Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang kita Islam dan datang dari Allah s.w.t. dan umat Muhammad.
Ayat 33 - 35 ; Elok dijadikan amalan kepada mereka yang suka bercucuk tanam. Insya-Allah tanaman akan subur.
Ayat 36 ; Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya:Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 ; Untuk menetapkan hati dan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 41 ; Elok dibaca semasa menaiki kenderaan.
Ayat 44 ; Dibaca untuk jauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 76 ; Bacaan untuk tenteramkan diri dari fitnah orang. Amalkan.
Ayat 78 - 79 ; Khas sakit urat, tulang dan badan.
Ayat 82 ; Hajat. Caranya: Solat tahajjud 3x berturut-turut, baca ayat 100x pada air dan berdoalah permohonan kepada Allah s.w.t.
.. sesungguhnya, hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.....
No comments:
Post a Comment