Friday, July 30, 2010

Dialog Rumahtangga


kesedaran kepada tanggungjawab sebagai anak, suami & ayah.....


Isteri : Esok Papa nak balik kampung ?

Suami : Ya, kenapa ??

Isteri : Ingat nak bawak anak-anak jumpa sekejap, dah dekat 4 bulan tak jumpa....

Suami : Ohhh... takperlah tu.... nanti bila-bila ada masa boleh jumpa

Isteri : Bila nak jumpa isteri & anak2, Papa kata sibuk, nak balik kampung boleh pulak..

Suami : Oh! itu wajib, jumpa mak bapak.......

Isteri : (dalam hati) Ya Allah Ya Latif..... lembutkanlah hati suamiku sebagaimana Kau lembutkan besi kepada Nabi Daud, gerakkan lah hatinya untuk dia kembali bersama diriku & anak-anak kami. Tunjukkan lah kepada dia jalan yang lurus. Ya Allah diriku difitnah, bantulah diriku Ya Allah. Diriku sangat menyayangi suamiku. Tak sanggup diriku melihat suamiku terus hanyut... kasihanilah dia Ya Allah. Tiada daya upayaku dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah....Selawat & salam ke atas Rasulullah. ....Amin ya Rabbal Alamin....


Tuesday, July 27, 2010

Buatmu Kekasihku .......


Tulisan asal dipetik dari: littlehealer.wordpress.com/2007/04/10/doa-buat-kekasih


Ya Allah….Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Junjungan kami ya Rasulullah...

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah semula hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah semula kebahagian antara kami….
Segarkan semula kasih sayang antara kami...
agar kemesraan dan kebahagiaan itu abadi…

Dan Ya Allah…
Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan lagi miliku…
Walau diriku amat menyayangi dirinya....
Permudahkanlan urusanku Ya Allah...
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta Ya Allah...
Ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah, Ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
Kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Ya Allah....
Tiada daya upaya ku melainkan dengan pertolonganMu Ya ALLAH....

Amin.. Ya Rabbal A’lamin..
Ya Allah, ku menyayanginya dengan sepenuh hati ku.........



Monday, July 26, 2010

Penggunaan Inhaler semasa berpuasa for Pesakit Asthma



Telah dipetik dari www.bharian.com.my

Soalan :

Sahkah puasa bagi pesakit asthma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?

Jawapan :

Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan.

Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman.
Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.
Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Mimie baru tau pasal ni last Friday from Dr Hj. Nasir dari Klinik Dr Rosli. He said dia sangat2 sure dengan hal ini..... you can use it !!!! went to his clinic sebab my eyeball bleeding ~ he said may be due to stress!!!

InsyaAllah... Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Friday, July 23, 2010

Khasiat dari Surah Yasin

KEBERKATAN YASIN
(dikongsi oleh DR FATMA ELZAHRAA)




Al-Quran yang agung mengandungi ubat segala penyakit, ubat bagi mententeramkan jiwa, ubat penyakit hati dan juga merupakan cahaya bagi mereka yang berada dalam 'kegelapan'.....

Antara beberapa ayat terpilih dari surah Yasin yang mempunyai keberkatan tersendiri telah dikongsikan oleh Dr Fatma bersama kita semua adalah seperti berikut :-


Ayat 9 ; Untuk keselamatan diri.

Ayat 12 ; Jantung Yasin. Rasulallah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap muslim.

Ayat 22 - 23 ; Menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak-anak.

Ayat 29 ; Amalan untuk mengelakkan diri dari fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 30 ; Keinsafan. Moga dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa di hati dan beramal dengannya).

Ayat 32 ; Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang kita Islam dan datang dari Allah s.w.t. dan umat Muhammad.

Ayat 33 - 35 ; Elok dijadikan amalan kepada mereka yang suka bercucuk tanam. Insya-Allah tanaman akan subur.

Ayat 36 ; Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya:Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 ; Untuk menetapkan hati dan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 41 ; Elok dibaca semasa menaiki kenderaan.

Ayat 44 ; Dibaca untuk jauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 76 ; Bacaan untuk tenteramkan diri dari fitnah orang. Amalkan.

Ayat 78 - 79 ; Khas sakit urat, tulang dan badan.

Ayat 82 ; Hajat. Caranya: Solat tahajjud 3x berturut-turut, baca ayat 100x pada air dan berdoalah permohonan kepada Allah s.w.t.


.. sesungguhnya, hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.....

Tuesday, July 20, 2010

Doa Isteri buat Suami Tersayang


Maha suci Allah Subhanahu Wa Taala.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

Ujian, masalah dan musibah adalah TEGURAN Allah dan ianya adalah tanda kasih Allah pada hambaNYA agar TIDAK terus leka, lena dan alpa dalam kemurkaan Allah..... Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang sering dalam kelekaan!!!

Ujian dalam rumahtangga adalah salah satu ujian dalam kehidupan kita. Cuma perlu bijak dalam menanganinya.. fikir dulu sebelum bertindak atau menjatuhkan hukuman.... Allah bagi akal, gunalah, nak simpan buat apa....

Jangan ego, sombong, bersangka buruk dll sewaktu dengannya..... masalah takkan selesai dengan baik jika tindakan atau keputusan dibuat dipengaruhi unsur2 sedemikian.

Jangan lupa sentiasa menyerahkan diri kepada Allah. Kerana apa? Kerana hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat kita. Hanya Allah yg tahu mengatur yang terbaik buat kita.
Bila diuji, perjalanannya mungkin susah, tapi kita mesti percaya kepadaNya.... pegang pada janji-janjiNya... Selepas kesusahan, akan ada kesenangan!

Kadang2 memang ketentuan Allah tu tak kena ngan kehendak kita...
Kita merancang, Allah merancang..... Terimalah perancangan Allah, ianya paling sempurna....

Ce Rara my niece said: Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan nak beri kita pelangi :)

Thanx Ce Rara!

ALLAH maha besar! ALLAH maha mengetahui...
ALLAH lebih tau apa yang Mimie cari dan ALLAH gerakkan hati Mimie sehingga terjumpanya blog mereka ini yang membantu pengisian jiwa ... Mimie rasa ianya sangat bagus untuk dikongsi bersama kaum isteri di luar sana.....

Izinkan Mimie berkongsi....

Petikan yang Mimie 'copy' dari Karya Anakku.com

redhalah dengan pasangan anda....kerana jika anda merasa anda sebenarnya seorang yang baik sedangan pasangan anda tidak seperti anda...ketahuilah mungkin anda dipilih oleh Allah untuk memperbaiki pasangan hidup anda...berdoalah.Doa boleh merubah nasib seseorang....

None of us is perfect. Jangan perlekehkan kekurangan atau kejahilan suami. Wajib kita isteri doakan kesejahteraan suami pada setiap masa. Doakan agar dia menjadi insan yang lebih baik dari dirinya sekarang. Kalau kita isteri tak doakan suami, siapa lagi nak doakan dia? kesian suami kitakan! terutama jika anak-anak masih kecil...
Mari kita doakan suami kita.....

Doa ini dipetik dari blog Puan Roza ~ Hidup Itu Indah

"Ya Allah, Inikah dia jodoh ketetapan-Mu yang didatangkan hasil dari istiharahku? Benarkah dia jodoh yang terbaik untuk ku? Jika benar, berikanlah daku sifat yang sabar. Jika benar berikanlah daku di kesempatan yang ada untuk melihat dia berubah. Berubah menjadi apa yang ingin daku inginkan.Diriku takut sekali ya Allah, jika ajalku sampai terlebih dahulu, tidak dapat lagi daku mendoakannya. Sedangkan dia adalah dia yang seakan redha dengan kejahilannya"

"Ya Allah. Suamiku ini adalah anugerah dari sisi-MU. Yang perlu disyukuri dan diredhai. Namun, apakah daku benar-benar bersedia menerima keadaan seadanya? Rela melihat dia menutup mata dan pergi di dalam keadaan yang tidak rela daku saksikan..?Wahai tuhan, dari-Mu kami datang. Kepada-Mu jua kami akan dikembalikan."


Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup dan kebahagiaan kepada kami umat-umatMu pengikut kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah .... Amin Ya Rabbal Alamin

Ya Allah.. ku menanti pelangi Mu Ya Allah......

Fitnah


bila diri di fitnah........ apa rasa ?????

ouchhhhh!!!! sakitnya.......... apa yang sakit? tentulah hati..........jiwa raga pelbagai... air mata dibuang tak usah cakaplah..... cukup agaknya nak meminang Puteri Gunung Ledang.....

kadangkala fitnah ini melibatkan orang sekeliling kita juga! emmm lagilah hiba !!!! sob sob sob..

bila hati sakit, ubatnya takder kat hospital atau klinik atau farmasi dan seangkatannya...‎ apa mau bikin ini macam ?????

ALLAH! ALLAH! ALLAH! tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Mu Ya ALLAH

tak apa, ALLAH ada.... kata Kak Zakiah kawan Kak Liza satu ketika dulu.... simple but sejuk hati mendengarnya......

yes! kita kena ingat ALLAH sentiasa bersama mereka yang benar. Allah maha adil !!

Fitnah terjadi.... Allah sudah mentaqdirkan, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya

"Ya Allah, semoga ujian fitnah ini dibalas pahala dan dijadikan penghapus dosa-dosaku disisiMu Ya Allah..."

pengalaman diri tidak menidakkan bukan mudah nak menerima mulut-mulut orang zalim yang suka memfitnah ni..... bukan mudah.... not as easy belajar a,b,c, dan 1,2,3....

susahnyer nak memaafkan mereka nih.... yerlah, huru hara kita dibuatnya!

memang kena kuat menghadapi fitnah. word sabar tu memang dah buat collection! semua penyokong2 akan cakap S.A.B.A.R........

ada yang kata "dah tak buat, apa susah hati..." memang tak susah hati sebab tak buat but bila difitnah bukan-bukan, mau tak tercalar hati ni.....mau tak mau singgah juga kata-kata fitnah kat kepala otak nih walau seketika... kalau tak kena gaya, lama lak dia singgah...sampai mengigau pun ada! mentally torture!!! sedih sangattttttt.... sangat sangattttttt........ siapa dah diuji dengan fitnah, dia taulah rasanya...

anyway, Rasulullah s.a.w. pun difitnah, isterinya Saidatina Aisyah pun difitnah..... so, siapalah kita ni yang tak boleh difitnah......


secebis kisah untuk dikongsi....


Seorang pengemis Yahudi buta selalu berpesan kepada orang ramai yang lalu lalang di pasar agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad dengan memfitnah orang itu gila, pembohong, tukang sihir, dan akan dipengaruhinya.

Walau difitnah sedemikian, Rasulullah SAW tetap menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis tersebut hingga menjelang beliau wafat ...

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., seorang sahabat beliau cuba untuk menyuapkan makanan kepada pengemis Yahudi itu. Pengemis Yahudi berkata kepada sahabat Rasulullah s.a.w., “Engkau bukan orang yang selalu menyuapkan aku makanan. Orang yang selalu menyuapkan aku itu suapannya begitu lembut dan penuh dengan rasa sayang.”
Sebaik sahaja sahabat itu memberitahu pengemis Yahudi buta itu bahawa Rasulullah lah yang selama ini menyuapkannya makan walau menjadi mangsa fitnah beliau, pengemis Yahudi terus menangis insaf dan terus memeluk agama Islam.



dan 1 lagi kisah..


Saidatina Aisyah difitnah oleh Abdullah bin Ubay... Isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. itu telah difitnah bersama salah seorang sahabat yang bernama Sofwan Ibnu al-Mu'atal.Walaupun kata-katanya tidak menyebut dengan jelas berhubung dengan zina, namun apabila sampai kepada pengetahuan banyak orang, mereka yang lemah iman menambah menjadi tuduhan zina buat isteri Rasulullah s.a.w. Bagi Rasulullah s.a.w., baginda mengenali isterinya tetapi fitnah yang tersebar ke atas puteri Abu Bakar itu sanggat mengganggu dirinya. Akhir sekali, Allah pun menurunkan wahyu mencantas segala fitnah yang menimpa Saidatina Aisyah.



"Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah kami dari seksa kubur ,dan jauhkanlah kami dari azab neraka jahanam,dan jauhkanlah kami dari FITNAH ketika hidup dan mati ,dan jauhkanlah kami dari fitnah Dajjal"


ALLAH menciptakan manusia dan memberikannya akal bukan untuk memfitnah!!!!

Friday, July 16, 2010

Kurma oh Kurma

Salam semua.......

Ramadhan dah nak menjelang tiba tak lama lagi...... Nak beli kurma by Yusuf Taiyoob ? Welcome pembeli yang nak beli sikit ker, banyak ker... semua insyaAllah boleh diuruskan. Let me know latest by 21 July 2010. sudi oder k! sms to 012-2960272

** setakat beberapa tahun Mimie dah oder kurma dari Yusuf Taiyoob, puas hati.....


Thursday, July 15, 2010

Petua Langsing Body

others hari ni bizi talking about harga petrol NAIK, harga gula NAIK....... Mimie pulak sambil pikir gak cost of living semakin NAIK, pikir pikir pikir...... ouch! ada yang NAIK yang menggangu fikiran..... badan Mimie dah macam dipam NAIKnya.... oleh yang demikian, Mimie pun cuba-cubalah mencari dan mencari apa yang patut..... then terjumpa petua ni.... rasa cam nak try..... anyway allow me to share with you all semua ya!

Artikel ni terjumpa dalam satu forum...... her nickname is Kiut dalam Mesra.net

copy paste from the forum :
Petua ni saya dpt dari mak bidan dan dah 1 minggu saya amalkan. Hasilnya sangat mengagumkan tiap pagi mesti membuang dan perut terasa lapang dan badanpun rasa ringan. Jadi saya nak kongsi petua ni dgn kengkawan semua. Beli asam jawa kepal 1 bungkus, rendam dalam air semalaman kemudian direbus + garam kasar sikit. Bila dah sejuk ditapis dan hampasnya diblender sehingga halus. Hampas yang dah diblender halus dicampur dgn air asam yang telah ditapis tadi maka terhasillah pati asam jawa. Pati ini boleh disimpan didlm peti sejuk. Bila nak minum campur air dan sesudu madu. Minum setiap hari sebelum tidur. Cubalah modalnya cuma asam jawa RM3.60 dan madu 1 botol RM25.00. Cara ini juga boleh melangsingkan badan.

wallahualam......

Wednesday, July 14, 2010

Surah Al-Mulk

Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

"Ya Allah, sesungguh-nya aku memohon perlindungan dariMu dari fitnah neraka dan azab neraka, dan dari fitnah kubur dan azab kubur, dan dari kejahatan fitnah kekayaan, dan dari kejahatan fitnah kefakiran ...."

KUEY RAYER promoting Sarang Semut & Cornflakes Crunchies

Tengah pikir-pikir nak order kuih raya? mehlah cuba kuih-kuih yg Mimie buat bersama adik & anak sdara.... Dijamin bersih ! InsyaAllah tak akan mengecewakan !! Takyah tunggu raya, bila-bila pun boleh order ya!

Cuba rasa, jangan tak cuba !!!


Jika teringin nak cuba, call Yayah 012-3177427, Siti 016-2110960, Mimie 012-2960272

Tuesday, July 13, 2010

1 Syaaban 1431H

Pantas masa berlalu.....hari ni dah pun 1 Syaaban 1431H....
Bulan Syaaban, bulan yang penuh dengan keberkatan...

Jom sama-sama kita manfaatkan kesempatan Syaaban tahun ini dan seterusnya selagi ada hayat dengan melipat gandakan amal ibadah kepada Allah s.w.t.. Perhubungan dengan Allah s.w.t. juga mesti ada continuous improvement kan! Babah & Mama beramal, ajaklah anak-anak bersama ya! ajak adik beradik kaum keluarga berjemaah ramai-ramai....
sure lebih seronok beribadah!


Jom puasa bagi yang mampu....

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban..

Antara hadith yang sahih mengenai nisfu Syaaban adalah:

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)"

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf). - dipetik dari Minda Tajdid


.. sesungguhnya, hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.....

Monday, July 12, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, hari ni Mimie dah ada blog !!!